Seorang guru agama rakyat Singapura, Encik Noor Deros, mendakwa telah berbual dengan Parti Pekerja (WP), dan menggesa parti itu untuk mengutamakan hak-hak dan keprihatinan masyarakat Melayu/Islam.
Beliau, yang kini menetap di Malaysia, juga berkata beliau telah bercakap dengan “kesemua calon-calon” WP, dan parti pembangkang itu telah “menyahut permintaan asatizah” untuk memperjuangkan permintaan dan tawaran bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura.





