JAKARTA: Kumpulan pertama jemaah haji Indonesia bakal memulakan perjalanan ke tanah suci pada 2 Mei 2025, berdasarkan jadual rasmi yang diumumkan pemerintah pada 24 April.
Mereka merupakan sebahagian daripada 221,000 anggota jemaah, menjadikan Indonesia sebagai negara yang menerima kuota haji terbesar di dunia. Bagi jemaah yang menyertai program haji biasa, mereka dijadual berada di Arab Saudi selama kira-kira 41 hari...





