JAKARTA: Pertumbuhan ekonomi Indonesia dijangka kekal sekitar 5 peratus tahun 2025 ini meskipun berdepan ketegangan perdagangan, kata Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati, pada 24 April sambil menegaskan bahawa delegasi pemerintah masih berunding dengan pihak Washington untuk mengelakkan tarif tinggi dikenakan.
Unjuran tersebut hampir menyamai kadar pertumbuhan tahun 2024 sebanyak 5.03 peratus. Sasaran rasmi pemerintah bagi tahun 2025 ialah 5.2 peratus,...





