Hampir sebulan selepas tragedi letupan dan kebakaran besar saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, ia bukan saja memusnahkan keriangan Syawal buat penduduk terjejas, malah meninggalkan kesan traumatik dan psikologi sehingga hari ini.
Walaupun banyak bantuan dihulurkan pelbagai pihak khususnya daripada kerajaan, ternyata insiden tidak diduga yang sekelip mata meranapkan kediaman penduduk dan merosakkan harta benda sehingga kerugian...





