Sebanyak 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) 3 Mei ini selepas Hari Penamaan Calon pada 23 April yang menyaksikan beberapa kejutan.
Antara kejutan besar ialah apabila pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) – seramai lima anggota – di GRC Marine Parade-Braddell Heights, menang tanpa bertanding, meskipun kawasan undi tersebut dijangka mendapat saingan sengit daripada Parti...





