SABAK BERNAM (Selangor): Dua guru taska (pusat asuhan kanak-kanak) disamun rantai emas oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dengan disaksikan 10 murid, dalam kejadian di taska dekat Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, Selangor, pada 21 April.
Dalam kejadian 9.35 pagi itu, guru berkenaan juga ditampar di pipi kiri dan kanan, dengan suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit.





