Tukang terbit itu hidungnya kembang mentelah bukunya dibeli orang ternama tokoh persuratan negara.
Pujian ramai dijaja hebat diri mendewa kepakaran tiada tara dialah jauhari, dialah manikam tetap berlian walaupun dalam sekam. Hinggalah orang ternama itu bersuara, “Saya juga beli buku yang rendah mutu untuk dicontohi tika ditanya karya siapa molek dibaca penerbit mana berwibawa editor mana tunggang nama pencetak mana...





