KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Kuala Lumpur, pada 18 April lalu.
Difahamkan ketua balai polis berusia 43 tahun itu ditahan pada 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut dijalankan JSJN Bukit Aman yang menerima aduan...





