Dalam satu inisiatif pertama dalam kalangan universiti di sini, para siswazah Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang menamatkan pengajian pada 2025, akan menerima satu transkrip pada Julai yang mencatat pelbagai aktiviti kokurikulum (CCA) mereka, di samping transkrip akademik.
Transkrip kokurikulum tersebut lebih daripada sekadar mencatatkan satu senarai aktiviti yang disertai pelajar. Ia akan memaparkan pelbagai set kemahiran yang telah mereka bina...





