Jurulatih Lion City Sailors (LCS) Aleksandar Rankovic seolah-olah bermimpi dan enggan dikejutkan, selepas pasukannya mencipta sejarah pada 16 April, menjadi pasukan bola sepak pertama dari Singapura mara ke final pertandingan peringkat Asia.
Walaupun tewas 1-0 kepada tuan rumah Sydney FC pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) di hadapan 10,588 penonton di Stadium Bola Sepak Sydney,...





