WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mendakwa China telah membatalkan satu perjanjian besar dengan syarikat penerbangan Boeing, ketika ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu kembali memuncak.
“Menariknya, mereka baru sahaja mungkir terhadap perjanjian besar Boeing itu, dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan ‘mengambil pesawat’ yang telah dipersetujui sepenuhnya,” kata Encik Trump dalam satu hantaran di platform Truth...





