Syarikat penerbangan tempatan, Singapore Airlines (SIA), akan membelanjakan $45 juta untuk menaik taraf ruang istirahat (‘lounge’) premium di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi, dengan kerja-kerja pengubahsuaian dijadualkan dalam beberapa fasa selama dua tahun.
Apabila kerja naik taraf itu siap kelak, ruang istirahat di T2 itu akan menawarkan sehingga 50 peratus lebih ruang dan tempat duduk, selain kemudahan serta pilihan...





