Peminat bola sepak setempat berpeluang menyaksikan aksi perlawanan yang menghiburkan apabila gergasi Liga Perdana England (EPL) iaitu Arsenal dan Newcastle, serta kelab Italy AC Milan berkunjung ke Singapura untuk Festival Bola Sepak yang akan bermula pada 23 Julai.
Dalam sidang media pada 11 April, penganjur bersama acara tersebut TEG Sport, syarikat hiburan siaran langsung antarabangsa yang berasal dari Australia; dan...





