KOTA KINABALU (Sabah): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) menawarkan ganjaran RM10,000 ($3,037) kepada individu yang tampil memberi maklumat berhubung kes pembunuhan gajah pygmy Borneo di Sabah.
Menteri KePKAS, Datuk Seri Christina Liew, berkata maklumat berhubung kes itu penting bagi membantu pihak berkuasa sehingga dalang bertanggungjawab membunuh haiwan dilindungi itu ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah.





