Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berkata kenyataan dibuat oleh Encik Calvin Cheng tentang individu tertentu dihantar ke Gaza dan tidak dibenarkan pulang, amat merisaukan.
Kenyataan itu dimuat naik ke Facebook pada 6 April, sebagai respons kepada kenyataan bekas Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan pengulas sosiopolitik itu dalam satu pos mengenai isu Israel-Palestin.





