Sebagai negara yang amat bergantung kepada perdagangan, Singapura mesti kekal “tangkas dan cepat menyesuaikan diri”, menyusuli keputusan Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas banyak negara, kata ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh dalam satu hantaran di Facebook pada 5 April.
Ketua Pembangkang itu berkata perubahan dan ketidaktentuan adalah satu realiti berterusan bagi negara yang bergantung kepada perdagangan dan beliau...





