Persiapan berbulan lamanya bagi menghasilkan dokumentari untuk memperingati dua dekad bencana tsunami dan kesannya ke atas Aceh, ternyata membuahkan hasil bagi tiga karyawan media Berita Harian (BH), setelah karya tersebut menerima Anugerah Impak Digital Terbaik akhbar ini.
Diberi judul Gelombang Perubahan: Aceh, 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami, dokumentari selama 25 minit itu mengimbau semula bencana yang melanda wilayah Indonesia itu,...





