Penjaga dan keluarga mereka di kawasan Marine Parade akan menerima sokongan tambahan melalui bantuan tunai, subsidi pengangkutan dan khidmat jagaan gantian sementara.
Ini adalah sebahagian daripada usaha Dana Sokongan Penjaga SG60 di bawah inisiatif ulang tahun Singapura ke-60 (SG60) yang dilancarkan pada 6 April.





