Di tengah-tengah kesibukan penyanyi Malaysia mengeluarkan lagu Raya dengan irama yang rancak disertakan dengan gerakan menarik, sesuai untuk dimuat naik ke aplikasi TikTok, penyanyi dan komposer muda, Daiyan Trisha, sebaliknya menghasilkan lagu Lebaran bertemakan ayat-ayat mengurat.
Berjudul Jom Raya, lagu yang dinyanyikan bersama Alfie Zumi itu, berdasarkan pengamatan peribadi Daiyan melihat pengguna media sosial yang cenderung mengutarakan ayat tentang jodoh...





