Pada usia hanya 20 tahun, Danelle Tan telah mencipta nama untuk dirinya, menandatangani kontrak profesional dengan salah sebuah kelab terkemuka Liga Australia, Brisbane Roar, pada Ogos 2024.
Ia menandakan permulaan mengujakan dalam perjalanan kerjaya bola sepaknya, namun, baru sahaja beliau mula menyesuaikan diri di kelab barunya itu satu kecederaan serius telah menjejas perancangannya, menambah ketidakpastian dalam kerjaya penyerang muda itu.





