Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengerahkan dua pesawat pengangkut C-130 untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan ke Myanmar pada 2 April, selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menggegarkan negara itu pada 28 Mac.
Kementerian Pertahanan (Mindef) mengatakan pada 2 April bahawa dua pesawat itu mengangkut lebih sembilan tan bekalan bantuan penting yang disumbangkan oleh Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan...





