Bukan sahaja dapat melihat atlet terunggul dalam sukan akuatik, tetapi setiap lapisan masyarakat di Singapura berpeluang menuruserta dalam acara Kejohanan Akuatik Dunia - Singapura 2025 (WCH) menerusi pertandingan dan cabaran sukan serta pameran interaktif, menjadikan sukan akuatik bertaraf dunia ini mudah diakses oleh semua orang.
Diadakan buat julung-julung kalinya di Asia Tenggara, Kejohanan Akuatik Dunia - Singapura 2025, yang merupakan...





