Pengalaman membawa ‘rangka kosong’ atau bingkai rebana ke sebuah pesta budaya Melayu di Pekanbaru, ibu kota Riau, Indonesia, pada 1997, telah membuka mata Yaziz Hassan, pemain muzik tradisional Melayu, untuk mendalami seni membuat dan membaiki alat genderang.
Semasa berada di pesta berkenaan, kejadian yang berlaku menyedarkan Yaziz atau nama sebenarnya, Mohamed Yaziz Mohamed Hassan, 50 tahun, tentang pentingnya ilmu penjagaan...





