NAYPYIDAW: Pemerintah junta Myanmar mengisytiharkan darurat di enam wilayah utama pada 28 Mac dan buat pertama kalinya dalam beberapa tahun, membuat permintaan rasmi untuk bantuan kemanusiaan antarabangsa selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan negara itu.
Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah masjid di bandar Mandalay — kota diraja lama Myanmar — runtuh sebahagiannya. Mandalay merupakan pusat kebudayaan Buddha...





