JITRA (Kedah): Bapa kepada dua kanak-kanak yang cedera akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Padang Terap, Kedah pada Selasa, bakal dikenakan tindakan mahkamah.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata ketika ini, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas menahan lelaki berusia 30 tahun itu pada 24 Mac, lapor akhbar Berita Harian...





