BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekali lagi memberi amaran bahawa Israel akan merampas tanah di Gaza jika Hamas tidak membebaskan saki baki tebusannya di tengah-tengah protes anti-Hamas masuk hari kedua, menyeru agar peperangan dihentikan.
Kenyataan Encik Netanyahu itu dibuat seminggu selepas Israel memulakan semula operasi ketenteraannya di Gaza. Pertempuran itu sekali gus menamatkan gencatan senjata yang singkat tetapi rapuh...





