Perbezaan pandangan dalam kalangan rakyat Singapura kian meluas sedang masyarakat menjadi lebih rencam, namun pandangan berpolarisasi itu tidak seharusnya memecahbelahkan masyarakat.
Sebaliknya, masyarakat harus bersatu untuk memahami satu sama lain meskipun jika mereka tidak setuju dengan pandangan yang diluahkan, dan berusaha mencapai persetujuan untuk menggerakkan negara ke hadapan, kata pengerusi unit maklum balas pemerintah Reach, Encik Tan Kiat How, yang...





