GAZA: Ratusan penduduk Palestin turun ke jalan-jalan di utara Gaza pada 25 Mac dalam satu protes awam yang jarang berlaku menentang kumpulan Hamas, menandakan tahap kemarahan rakyat yang semakin memuncak terhadap kepimpinan mereka selepas lebih setahun perang berdarah dengan Israel.
Demonstrasi di Beit Lahiya menyaksikan penunjuk perasaan melaungkan slogan seperti “keluar, keluar, Hamas keluar” dan membawa plakad menuntut diakhiri peperangan...





