Sesiapa yang membuat keputusan untuk bertanding di Tampines perlu memastikan bahawa mereka mampu memenuhi jangkaan penduduk kawasan undi tersebut, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Encik Masagos, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, menambah bahawa Tampines bukan sekadar sebuah bandar tetapi sebuah bandar contoh yang telah dibina dengan perpaduan dan sokongan orang ramai yang...





