Kampong Gelam terus bersinar dengan semangat Ramadan apabila ia berubah menjadi medan selera terbuka di mana lebih 1,000 peserta berkumpul di Arab Street untuk majlis iftar beramai-ramai pada 22 Mac.
Majlis anjuran One Kampong Gelam (OKG) itu dihadiri oleh tetamu terhormat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang turut menyertai acara berbuka puasa bersama peserta dan menyampaikan sumbangan...





