KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd (SEB) mengesahkan pejabat syarikat itu sudah dikunjungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Mac, untuk siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan melibatkan syarikat berkenaan.
Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, SEB berkata beberapa pegawai SPRM berkunjung ke pejabat SEB di Menara PNB, Kuala Lumpur, dan syarikat memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu.





