Pasukan sepak takraw Singapura telah berangkat ke India pada 18 Mac untuk pertandingan Piala Dunia Sepak Takraw di India yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 Mac.
Bekas bintang sepak takraw tempatan, Salleh Nanang dan Nur Hisham Adam memegang peranan jurulatih membimbing anak didik mereka yang terdiri daripada kapten pasukan, Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal; Abdul Hammirruddin Noor, Akmal Musyarraf...





