LAMPUNG, Sumatera Selatan: Tiga anggota polis Indonesia maut ditembak ketika melakukan serbuan ke atas lokasi sabung ayam haram di Desa Karang Manik, Lampung pada Isnin lalu. Lebih mengejutkan, dua individu yang disyaki sebagai penembak dikenal pasti sebagai anggota aktif tentera.
Menurut Ketua Polis Lampung, Inspektor Helmy Santika, hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa ditembak tepat ke arah organ penting, dipercayai...





