Antara sahur & iftar kebebasan terpaku terdengar bingit tekak perut meraung berkesah dahaganya lidah glukosa kian kering lalu bangkit lemak lemak dari nyamannya beradu membakar membekal demi penerusan sebuah pelayaran
Zikir & wirid bersenandung mengisi jiwa-jiwa mati menyegar akar-akar longlai menyiram sabar yang layu mengukuh tabah yang goyah melancar putaran darah menghapus hitam di hati menyambut putih nan hilang menyemarak...





