Sebanyak 860 keluarga berpendapatan rendah telah menerima bantuan bernilai $275,000 dalam bentuk barangan dapur, baucar, dan bantuan kewangan daripada Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) melalui program tahunan Ramadan mereka.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 600 keluarga masing-masing menerima pek habuan bernilai $350 dalam bentuk barangan dapur dan baucar menerusi program tahunan Ramadan on Wheels (ROW), manakala 260 keluarga lain menerima...





