WASHINGTON: Sebuah pesawat American Airlines mengalami detik cemas apabila enjin pesawat terbakar selepas melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada 13 Mac, memaksa kesemua penumpang untuk menyelamatkan diri melalui gelongsor kecemasan, menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Penerbangan American Airlines 1006, yang menggunakan pesawat Boeing 737-800, pada asalnya dijadualkan berlepas dari Colorado Springs ke Dallas, namun terpaksa mengubah...





