KUALA LUMPUR: Kecenderungan masyarakat di Malaysia menggunakan kemudahan skim transaksi ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) meningkat ketara kepada RM7.1 bilion ($2.13 bilion) pada separuh kedua 2024, berbanding RM4.9 bilion bagi separuh pertama 2024.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21-45 tahun dengan pendapatan kurang...





