Bilangan pesakit sebuah klinik masyarakat di Beach Road yang menawarkan rawatan asas percuma dan bersubsidi tinggi kepada warga emas yang menetap di flat sewa kawasan itu kian meningkat.
Sejak dibuka pada September 2024, klinik hasil kerjasama Sata CommHealth dan Singapore Health Services (SingHealth) ini, menerima lebih 1,000 kunjungan pesakit, dengan lebih 66 peratus daripadanya melibatkan penduduk berpendapatan rendah yang tinggal...





