KUALA LUMPUR: Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi antara negara yang menerajui hab pengeluaran semikonduktor di peringkat dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata selain pemasangan dan ujian, Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang dilancarkan pada 2024 juga mengutamakan reka bentuk cip serta peralatan pembuatan semikonduktor.





