MANILA: Dua juruterbang Tentera Udara Filipina terbunuh selepas pesawat mereka terhempas ketika menjalankan misi menentang pemberontakan di sebuah wilayah selatan, kata pegawai tentera pada 4 Mac.
Nahas itu dipercayai berlaku sekitar tengah malam pada 4 Mac, apabila pesawat pejuang FA-50 kehilangan hubungan dengan pesawat lain yang turut serta dalam misi di wilayah Bukidnon. Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat segera...





