Sebuah rumah kelab Safra baru akan dibina di kawasan Bayshore untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada anggota perkhidmatan negara dan keluarga mereka yang tinggal di daerah Timur, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 3 Mac, Encik Zaqy berkata rumah kelab baru itu akan mempunyai akses...





