PHNOM PENH (Kemboja): Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu sejagat menjejas sektor pertanian.
Sedang pengeluaran makanan dalam negara berdepan risiko yang semakin meningkat, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan Malaysia serta rantau ini kekal terdedah kepada ancaman perubahan iklim, sekali gus memerlukan kerjasama serantau bagi menangani kemungkinan...





