Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan amaran terhadap satu iklan penipuan dalam talian yang mendakwa orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan zakat secara dalam talian.
Dalam satu pesanan yang tular menerusi WhatsApp, SalamSG menyatakan bahawa ini merupakan satu penipuan.





