Walaupun belum ramai pengunjung berbondong-bondong mengunjungi Bazar Raya Geylang Serai yang sudah mula beroperasi pada 26 Februari, suasana hari pertama pembukaan bazar berkenaan tetap tidak sepi dari kemeriahan.
Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi bazar tersebut sekitar 5 petang, kelihatan beberapa gerai makanan sudah pun mempunyai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan sajian kegemaran mereka seperti kebab, wafel dan kaserol (masakan daging...





