SEOUL: Gelombang propemecatan dan antipemecatan melibatkan Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, kini semakin merebak ke kampus-kampus universiti, mencetuskan perpecahan dalam kalangan pelajar dan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan di dalam kawasan akademik.
Pada 21 Februari, di Universiti Korea, salah sebuah dari tiga institusi pengajian tinggi terkemuka di negara tersebut mengadakan tunjuk perasaan serentak yang menyokong dan menentang proses pemecatan...





