Belanjawan 2025 menyediakan sokongan menyeluruh dan inklusif kepada pelbagai segmen masyarakat Singapura, namun masih terdapat sesetengah golongan yang memerlukan lebih banyak bantuan, seperti mereka yang berpendapatan pertengahan.
Berkongsi pandangan dalam sesi podcast bersama Berita Harian (BH), zamil penyelidikan kanan di Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Faizal Yahya, dan pengerusi M³@Pasir Ris-Punggol, Encik Azuan Tan, mengalu-alukan sokongan yang diumumkan, terutamanya buat...





