Badan bantu diri (SHG) seperti Yayasan Mendaki kini dapat memperluaskan skala program masing-masing dan menjangkau lebih banyak segmen masyarakat yang memerlukan dengan suntikan dana tambahan yang diumumkan semasa Belanjawan 2025, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, berkongsi kepada pihak media selepas pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Encik...





