Selama tiga kali seminggu, Cik Zarina Abdul Rahman, 44 tahun, bergegas pergi dari tempat kerjanya di Raffles Place ke Ang Mo Kio untuk menghadiri kursus diploma sambilan di Politeknik Nanyang (NYP) yang dikendalikan pada waktu malam.
Ibu tunggal tiga anak itu, yang bekerja sebagai pentadbir pejabat sepenuh masa dengan agensi pengambilan sejagat, Randstad Sourceright, bergelut dengan perbelanjaan tambahan setiap bulan...





