Pemerintah akan memperkenalkan skim dan geran bagi mempercepat kenderaan berat menggunakan tenaga bersih dalam usahanya menyahkarbon sektor pengangkutan Singapura.
Mengumumkan demikian dalam ucapan Belanjawan 2025 pada 18 Februari, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata Skim Pelepasan Sifar Kenderaan Berat dan Geran Pengecas Kenderaan Berat Elektrik itu akan memberi insentif bagi pembelian kenderaan berat yang menggunakan tenaga bersih,...





