Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyampaikan Belanjawan 2025 ‘yang dibentuk rakyat untuk rakyat’ pada 18 Februari, di samping menggariskan langkah menangani keprihatinan kos sara hidup dan pelaburan jangka lebih panjang untuk membawa Singapura ke fasa pembangunan seterusnya.
Belanjawan yang dinanti-nantikan ini – dibentangkan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum selanjutnya – juga adalah Belanjawan pertama yang disampaikan Encik Wong selepas...





